Click Create Account (for new customers) or Login (for existing customers). For more details, please view student booklist (Andalus or Cordova) and infographic for new / existing student.
  • Kekuatan Siasah Syariah Hadapi Cabaran Global

Jika Siasah syariah tidak diketengahkan dan ditonjolkan, sudah tentu umat Islam akan merasa kekok  dengan pengertian kaku ketika berbuat sesuatu (kerana tidak biasa), tidak lembut atau kemas gerak-gerinya, canggung dalam pergaulan kenegaraan mereka sama ada sesama negara-negara Islam mahupun masyarakat antarabangsa. Jika demikian halnya, apakah Siasah syariah itu?

Dalam menghadapi cabaran global masa kini, ada baiknya kita mempelajari disiplin ilmu Siasah syariah dengan sebaik-baiknya agar dalam menjalaninya kita tidak kekok.

Buku ini merupakan curahan fikiran-fikiran penulis dalam memerhati fenomena kehidupan manusia secara am yang berlaku dalam kurun waktu 2006-2007 dalam kolom 'Ulul Albab', akhbar Berita Minggu, Malaysia. Dalam fikiran-fikiran berkenaan penulis telah mencuba untuk mengaitkan setiap fenomena dengan apa yang penulis fahami tentang Islam dan ajarannya yang suci dan mulia untuk dijadikan ibrah atau pengajaran bagi pembacanya. Ketika berlaku fenomena perceraian menggunakan pesanan singkat (SMS), penulis menyorotinya dalam tajuk 'Satu jalan menuju nikah, banyak prosedur tempuh talak. Ketika berlaku fenomena Piala Dunia 2006, penulis mengulasnya dalam tajuk 'Hal agama terpinggir kerana Piala Dunia. Ketika membaca fenomena peringatan kejadian 11 September, penulis menyorotinya dalam tajuk 'Meperingati 11 September propaganda Bush label muslim sebagai pengganas'. Dan dalam menanggapi kajian berkaitan dengan 11 September penulis mengamatinya dalam tajuk 'Pembohongan Barat lemahkan dakwah Islamiyah', dan seterusnya.

Di samping itu, buku ini juga diisi dengan pelbagai pemikiran penulis demi untuk menjelaskan ilmu-ilmu dan ajaran-ajaran Islam walaupun tidak dikaitkan dengan satu-satu fenomena seperti tajuk 'Yahudi gerun keturunan Rasulullah', Guna Cara Ihsan Ketiga tegah kemungkaran', 'Al-Ulum ditulis berdasar kaedah saintifik', dan lain-lain. Ia juga membincangkan hari-hari kebesaran Islam seperti Maulidurrasul, Israk Mikraj, Puasa Ramadan, dan Aidilfitri selama tahun 2006-2007.

Buku ini dibahagikan kepada empat bahagian utama yang masing membawahi tajuk-tajuk yang dianggap bersesuaian untuk memudahkan para pembaca merujuknya. Keempat-empat bahagian tersebut adalah al-Quran dan Tafsir; Agama, Umat dan Dakwah; Fekah dan Undang-Undang; dan, Politik, Ekonomi, dan Budaya. dengan jumlah keseluruhan artikel sebanyak 53 buah.

Kekuatan Siasah Syariah Hadapi Cabaran Global

  • Product Code: 9120530542649
  • Availability: In Stock
  • SGD 16.05