Click Create Account (for new customers) or Login (for existing customers). For more details, please view student booklist (Andalus or Cordova) and infographic for new / existing student.
Siri buku KAJI merupakan pendekatan bersepadu yang menghubungkait perkataan-perkataan terpilih dari Kamus Islam Tematik Andalus dengan bahasa dan makna terkandung dalam Bahasa Arab,Jawi dan Ilmu Bacaan Al-Quran. Siri buku KAJI ini juga membuat kaitan dengan ilmu-ilmu pengajiaan Islam seperti Tauhid, Fiqh, Sirah dan Akhlak. Secara am, inisiatif KAJI ini diharap membantu para pendidik dan pelajar fahami dan hayati ugama Islam dengan memahami perkataan-perkataan dan ayat-ayat penting dan kaitannya dengan Bahasa Arab, Jawi dan Al-Quran. Siri Buku KAJI - Belajar Jawi Peringkat rendah disediakan untuk membantu pelajar memahami kaitan rapat dan menarik huruf dan perkataan bahasa Arab, tulisan jawi dengan sebutan bahasa Melayu. Pelajar akan belajar mengenal  dan memahami tulisan Jawi, mengeja dan menyebut perkataan-perktaan dan ayat-ayat dengan baik secara bertahap-tahap. Pelajar juga akan faham bahawa Jawi merupakan jembatan memahami perkataan-perkataan dan istilah-istilah penting Bahasa Arab yang berkaitan ugama Islam yang sudah diterapkan dalam bahasa Melayu. Ingin dijelaskan bahawa ejaan Jawi yang digunakan adalah berdasarkan Kamus Dewan yang rasmi untuk elak perbahasan dan kekeliruan berlarutan antara ejaan lama dan baru. Siri buku ini menggunakan pendekatan tematik. Pilihan perkataan dan ayat dalam setiap tema ada kaitan rapat dengan faham agama dan ibadah harian serta bersesuaian dengan konteks pelajar peringkat rendah. Pelbagai aktiviti menarik yang fokus kepada pelajar juga disertakan. Pendekatan ini tidak setakat memberi maklumat sahaja tetapi yang lebih utama memberi kefahaman, keyakinan dan kemahiran untuk pelajar memahami dan menggunakan Jawi.
General
publiconly 1

Siri Buku KAJI Belajar Jawi Darjah 1

  • Product Code: 9121227885971
  • Availability: In Stock
  • SGD 9.00

Tags: kaji