Guideline for Andalus, Cordova and Al-Zuhri students: Click Create Account (for new customers) or Login (for existing customers). Then click the Student's Package tab (Andalus / Cordova / Al-Zuhri) for books/uniform purchase. For more details, please view student booklist (Andalus or Cordova) / infographic / video.
  • Bahasa Sumber Intelektual Peribumi

Bahasa dan alam Melayu begitu luas terbentang dengan sekian banyak khazanah warisan sejak dahulu kala hingga ke zaman global ini. Ia merupakan bukti intelektual peribumi Melayu yang terkandung di dalam bahasanya. Setiap kajian di dalam buku ini merupakan penyelidikan terhadap upaya bahasa Melayu sebagai sumber intelektual peribumi yang dikaji dalam disiplin ilmu bahasa, budaya, masyarakat, sastera, kesenian, agama, arkitektur dan muzik. Ia merupakan bukti akan gabungan kepakaran dalam pelbagai bidang yang cuba membuktikan bahawa bahasa Melayu mempunyai upaya sebagai bahasa ilmu dan bahasa kerja dalam konteks pengumpulan khazanah bangsa yang begitu luas dan kaya sejak bermulanya tamadun Melayu hingga ke zaman siber ini. Kumpulan kajian seumpama ini merupakan yang pertama dilakukan oleh para pengkaji Singapura sejak berpisah daripada Malaysia.

"Bermula adalah yang kudengar beberapa bangsa yang di dalam dunia ini menjadi besar dan pandai sebab mereka itu pandai membaca surat dan menyurat dan mengerti bahasanya serta memeliharakan bahasanya, iaitu daripada bangsa Arab atau bangsa orang putih, baik daripada orang Cina atau Hindu, maka sekalian mereka itu senantiasa memeliharakan dan memuliakan bahasanya. Maka makin sehari makinlah diluaskannya dan ditambahinya dan dibaikinya dan dihaluskannya sampailah pada zaman ini, karena sesungguhnya bahasa itulah menjadikan manusia ini berakal dan menambahi kepandaian dan ilmunya dan boleh menjalankan segala pekerjaannya dan boleh membaiki akan dirinya sendiri dan boleh pula mengajar akan orang lain." (Hikayat Abdullah)

CLEARANCE SALES 30% OFF.

Bahasa Sumber Intelektual Peribumi

  • Product Code: 9502478406946
  • Availability: In Stock
  • SGD 21.40
  • SGD 15.00