Click Create Account (for new customers) or Login (for existing customers). For more details, please view student booklist (Andalus or Cordova) and infographic for new / existing student.
  • Perjalanan Hakiki Setiap Insan (Jilid 6) - Pengadilan di Padang Mahsyar

Hakikat perjalanan manusia akan menempuh alam padang mashyar sebelum ke alam akhirat yang kekal abadi. Ia adalah alam pengadilan dan pembalasan. Alam yang membezakan kebenaran dan kebatilan serta menghuraikan amalan seluruh manusia dari yang zahir hinggalah yang penuh rahsia semasa di alam dunia untuk dinilai dan dihitung untung nasibnya.

Buku ini mengungkapkan satu lagi perihal perjalanan manusia sebelum ke alam yang kekal abadi, alam akhirat. Bersumberkan khazanah Islam, diterangkan suasana hari akhirat yang penuh dengan kehairanan. kegelisahan dan ketakutan.lanya diakhiri dengan kerahmatan (syafaat) ataupun azab siksa yang pedih kepada seluruh umat manusia.

Allah S.w.t memperlihatkan kehebatannya sebagai penguasa alam ini di hari tersebut, Diperlihatkan juga keistimewaan Nabi Muhammad saw dan umatnya di hari itu, Seorang Nabi yang begitu cintakan umatnya dan sentiasa memikirkan untung nasib umatnya.

Kisah di padang mahsyar adalah hakikat yang benar dan tetap akan berlaku. Semua manusia akan mengalaminya. Tanya diceritakan agar dapat memberikan kesedaran di kalangan pembaca yang budiman yang sentiasa dahagakan peringatan dan muhasabah untuk peningkatan takwa dan keimanan.

Perjalanan Hakiki Setiap Insan (Jilid 6) - Pengadilan di Padang Mahsyar

  • Product Code: 2002346522886
  • Availability: In Stock
  • SGD 5.90