Click Create Account (for new customers) or Login (for existing customers). For more details, please view student booklist (Andalus or Cordova) and infographic for new / existing student.
  • Perjalanan Hakiki Setiap Insan (Jilid 11) - Keutamaan Taubat

Wahai hamba Allah, cepat-cepatlah kita bertaubat kepada Allah s.w.t. selagi pintu taubat masih dibuka oleh-Nya, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh AtTabarani yang bermaksud:

"Sesungguhnya pintu taubat itu terbentang luas di antara arah Timur dan Barat."

Di dalam riwayat lain dikatakan bahawa luasnya pintu taubat itu sejak perjalanan empat puluh tahun, maksudnya pintu tersebut tidak tertutup sampai matahari terbit dari Barat.

Sesungguhnya Allah S.W.T. di siang hari menerima taubat orang yang berbuat dosa di malam hari, dan di malam hari pun Dia menerima taubat orang yang berbuat dosa di siang hari. Ertinya, bahawa setiap saat Allah S.w.t menerima taubat hamba-Nya.

Namun yang demikian ini hanyalah berlaku sebelum ajal sampai di kerongkongan dan Dia lebih menyukai orang yang tidak menangguh-nangguhkan taubat.

Perjalanan Hakiki Setiap Insan (Jilid 11) - Keutamaan Taubat

  • Product Code: 2002346565814
  • Availability: In Stock
  • SGD 5.15