Click Create Account (for new customers) or Login (for existing customers). For more details, please view student booklist (Andalus or Cordova) and infographic for new / existing student.
  • Perjalanan Hakiki Setiap Insan (Jilid 5) - Tanda-tanda Kiamat

Hari yang dijanjikan Allah s.w.t kepada setiap manusia pasti akan tiba. Manusia akan menempuh hari yang paling mendebarkan dan mencabar dalam hidupnya iaitu hari Qiamat. Hari di mana seluruh dunia akan menjadi padang jarak padang tekukur dan hari kebangkitan semula manusia untuk diadili di dalam Mahkamah Rabbul Jalil.

Kisah tentang tanda-tanda atau alamat menjelang hari kiamat ini telah banyak diceritakan kepada kita, namun kupasan yang diberikan mungkin tidak cukup memberi keyakinan kepada kita tentang peristiwa tersebut.

Buku" Perjalanan Hakiki Setiap Insan " siri ke V ini akan memberikan gambaran yang jelas tentang beberapa tanda dan alamat yang bakal ditempuhi manusia menjelang Dunia Kiamat. Suatu keadaan yang dahsyat yang tidak dapat dibayangkan dalam kotak fikiran manusia.

Buku ini turut mengupas tentang beberapa tanda awal (Qiamat kecil) dan tanda akhir (Qiamat besar) menjelang hari kiamat. Dengan gambaran yang jelas ini mudah-mudahan akan mendatangkan keinsafan dan kesedaran kepada sesiapa jua yang membacanya.

Perjalanan Hakiki Setiap Insan (Jilid 5) - Tanda-tanda Kiamat

  • Product Code: 2002346522213
  • Availability: In Stock
  • SGD 5.90