Click Create Account (for new customers) or Login (for existing customers). For more details, please view student booklist (Andalus or Cordova) and infographic for new / existing student.
  • Perjalanan Hakiki Setiap Insan (Jilid 9) - Petunjuk ke Jalan Lurus

Islam mempunyai pedoman yang jelas dan tugas serta sistem yang mudah untuk memperolehi kebenaran serta melaksanakan amal kebajikan yang memberi jaminan akan mengangkat martabat manusia ke tingkat yang sempurna dan mulia. Akan tetapi, manusia itu kadangkala, bahkan seringkali tersasar dari jalan yang telah digariskan kerana kebodohan, pengaruh lingkungan, tekanan hawa nafsu dan godaan iblis dan syaitan.

Penyelewengan dari jalan yang lurus dan penyimpangan dari pedoman yang digariskan membawa manusia ke tingkat yang rendah di mana ia tidak berdaya melaksanakan tugas yang mulia dan tujuan hidupnya yang ideal, sehingga berlakunya perbuatan dosa oleh mereka, bermula dari dosa kecil sehingga dosa besar dan juga dosa syirik kepada Allah s.w.t. Semulia-mulia mereka adalah mereka yang ingin bertaubat, iaitu kembali ke pangkal jalan, kerana mereka yakin mereka akan menemui tuhan mereka (Allah s.w.t).

Sebab itu kehidupan yang kita lalui perlu ada benteng yang mengawasi diri daripada gejala yang merosakkan iaitu dengan mengingati Allah s.w.t di dalam segala waktu dan tempat.

Perjalanan Hakiki Setiap Insan (Jilid 9) - Petunjuk ke Jalan Lurus

  • Product Code: 2002346564244
  • Availability: In Stock
  • SGD 5.15