Click Create Account (for new customers) or Login (for existing customers). For more details, please view student booklist (Andalus or Cordova) and infographic for new / existing student.
  • Perjalanan Hakiki Setiap Insan (Jilid 4) - Kehidupan di Alam Barzakh

Kematian setiap yang bernyawa adalah suatu hakikat yang pasti. Ianya merupakan persimpangan dan perpindahan seseorang insan dari alam dunia ke alam barzakh sebelum ke alam akhirat. Kematian melibatkan persoalan roh. Sesungguhnya perihal roh, kematian dan hidup selepas mati adalah persoalan yang telah lama bersarang dalam sanubari manusia. Ahli pemikir tersohor sepanjang zaman turut memberikan pendapat mereka berkenaan hal ini yang berbeza dan pelbagai.

Berpandukan wahyu Allah dan petunjuk Rasul, buku ini mengungkapkan perihal kehidupan di alam barzakh. Kehidupan di alam ghaib ini mempunyai hubung kait dengan keadaan seseorang insan itu ketika hidup di dunia dan orang-orang yang masih hidup dan mempunyai pertalian dengannya.

Buku ini juga menceritakan perihal beberapa agama di dunia serta kelebihan agama Islam, Perbincangan dilanjutkan dengan menghuraikan tanda-tanda kecil dan tanda-tanda besar hari kiamat.

Sesungguhnya perkara-perkara ghaib seperti ini adalah sebahagian daripada iman untuk kita mempercayainya. Kita tidak mampu untuk memikir dan membayangkan hakikat sebenar perkara tersebut melainkan melalui petunjuk daripada Allah swt. Dialah sumber tunggal yang maha mengetahui hakikat setiap perkara. Apa yang telah Dia salurkan kepada kita melalui rasulnya, hanyalah sekelumit pedoman untuk santapan minda penguat keimanan.

Perjalanan Hakiki Setiap Insan (Jilid 4) - Kehidupan di Alam Barzakh

  • Product Code: 2002346521476
  • Availability: In Stock
  • SGD 5.90