Click Create Account (for new customers) or Login (for existing customers). For more details, please view student booklist (Andalus or Cordova) and infographic for new / existing student.
  • Menempah Mahligai Tertinggi Di Syurga

Syurga merupakan ganjaran yang paling diidam-idamkan oleh setiap individu yang mengaku akan keEsaan Allah SWT. Selain merupakan sunnah Nabi Muhammad s.a.w., cita-cita sep-erti itu juga akan mampu menaikkan semangat untuk meraih syurga yang abadi. Tidak syak lagi, keinginan yang setinggi ini hanya akan diperolehi oleh golongan yang memiliki cita-cita yang tinggi juga.

Syurga mempunyai beberapa tingkat yang disediakan oleh Allah SWT untuk para hambaNya yang bertaqwa dan taat kepa-daNya. Sudah semestinya setiap tingkat menyediakan keistimewaanyang sesuai dengan ketinggian amal yang telah kita laku kan semasa hayat kita di dunia ini. Para pembaca sekalian, diberi pilihan untuk memilih dan memesan tingkat syurga yang mana yang diinginkan. Dan tentunya, setiap muslim yang terlalu merindukan syurga akan memesan syurga yang paling tinggi dan tidak akan berpuas hati jika hanya berada di depan pintu syurga sahaja. Rasulullah saw. bersabda, "Bila kamu meminta kepada Allah SWT, maka mintalah syurga Firdaus. Sebab, ia adalah pertengahan syurga dan tempat yang paling tinggi di syurga." (HR. Bukhari, Tirmidzi, dan Ahmad) Namun, 'tidak semudah itu untuk meraih sekaligus memesan tingkat tertinggi di syurga.

Berlandaskan kepada dalil-dalil Syarie yang sahih, buku ini mempersembahkan beberapa amalan yang jika dikerjakan akan memdapat ganjaran darjat paling di syurga, sekaligus cara untuk mempertahankannya. Tempahlah mahligai tertinggi di syurga sekarang Selamat membaca!

Menempah Mahligai Tertinggi Di Syurga

  • Product Code: 2003063516615
  • Availability: In Stock
  • SGD 14.15