Click Create Account (for new customers) or Login (for existing customers). For more details, please view student booklist (Andalus or Cordova) and infographic for new / existing student.
  • Belitan Iblis

Sebuah buku yang penuh dengan hal-hal yang 'kontroversial' dalam menghitung kepercayaan yang sesat dan akidah yang menyeleweng dari ajaran Islam yang pernah disebutkan dalam mana-mana kitab. Ibnul Qayyim menonjolkan perkaranya sekaligus dengan fakta-faktanya, lalu mengulas satu persatu dengan berdasarkan dalilnya dari Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w., kemudian dengan kata-kata para salafus salih untuk menolak kekeliruan dan penyelewengan yang ditempelkan kepada kepercayaan Islam yang suci.

Istimewanya buku ini lagi ialah kerana Ibnul Qayyim dapat mendedahkan asal kesesatan yang berlaku dalam kepercayaan manusia yang bermula dari sejak anak Adam dan terus bermaharajalela sampai ke masa kita ini, ada yang masih kekal dengan pengaruhnya yang asli dan yang lain sudah berubah dan menerima penyesuaian masa, yang mana penghasutanya yang utama ialah iblis dan kuncu-kuncunya yang sengaja mengganggu manusia dalam penujuannya kepada Tuhan Maha Pencipta semesta alam.

Buku ini mengandungi sebanyak 13 bab, yang setiap babnya membicarakan permasalahannya yang tersendiri, yang patut dibaca oleh semua lapisan kaum Muslim untuk mengumpul maklumat dari bibit-bibit sesat yang bertebaran di mana-mana dan yang masih aktif dan diamalkan hingga ke masa kita ini. Perkara yang bertalian dengan bid'ah juga dibicarakan oleh Ibnul Qayyim, khususnya pada hal-hal yang menyentuh kaum sufi dan perilaku yang lebih banyak membawa salah faham daripada menunjukkan cara yang patut dicontoh dan ditauladani.

Belitan Iblis

  • Product Code: 9150603330422
  • Availability: In Stock
  • SGD 20.00