Click Create Account (for new customers) or Login (for existing customers). For more details, please view student booklist (Andalus or Cordova) and infographic for new / existing student.
  • Sejarah Khalifah Rasulullah

Bagaimana pergolakan yang berlaku dalam masyarakat Islam menimbulkan kekeliruan dan fitnah dalam pemilihan pemimpin? Siapakah yang bertanggungjawab memilih pemimpin? Siapa pula yang digelar 'Khalifah Rasyidin'? Adakah pemilihan pemimpin mengikut citarasa masyarakat ataupun dinilai berdasarkan sistem Islam yang unggul?

Kepemimpinan dilihat sebagai perkara yang penting dalam Islam. Ia adalah salah satu aspek yang perlu dititikberatkan oleh masyarakat Islam. Ini kerana, pemimpin adalah orang yang bertanggungjawab membawa hala tuju Islam dan kemajuan serta perkembangannya. Jatuh bangun Islam terletak pada pemimpin. Sorotan sejarah Islam memperlihatkan ketokohan kepemimpinan sahabat-sahabat Rasulullah sebagai pengganti beliau dalam mengembangkan ajaran Islam hingga ke hari ini.

Melalui buku ini, kita dapat mengenal pasti sorotan dan kronologi peristiwa-peristiwa penting yang terjadi selepas Rasulullah meninggal dunia. Selain itu, buku ini juga dapat membuka mata masyarakat bagi memahami kedudukan kepemimpinan dalam Islam dan sejarah tercetusnya isu kepemimpinan dalam Islam.

Prof. Dr. Amin Qudah adalah pensyarah di Universiti Yarmouk, Jordon, Pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Dekan Fakulti Syariah.

Sejarah Khalifah Rasulullah

  • Product Code: 2002666368416
  • Availability: In Stock
  • SGD 13.50