Guideline for Andalus, Cordova and Al-Zuhri students: Click Create Account (for new customers) or Login (for existing customers). Then click the Student's Package tab (Andalus / Cordova / Al-Zuhri) for books/uniform purchase. For more details, please view student booklist (Andalus or Cordova) / infographic / video.
  • Sejarah Lengkap Nabi Muhammad s.a.w.
Buku ini membicarakan secara lengkap dan terperinci berhubung kehidupan insan mulia, baginda Rasulullah s.a.w. Manusia paling mulia dan teragung, mendapat sanjungan seluruh dunia, menjadi sebutan ramai dan merupakan suatu kepercayaan umat Islam. Beliau idola umat. Segala peristiwa dan kejadian yang dialami, bermula dari awal kelahirannya sehingga tarikh kemangkatan baginda, semuanya tercatat disini, meliputi tanah tumpah darahnya, sejarah bangsa Arab sebelum kelahirannya, keturunan baginda, keajaiban yang mengiringi kelahirannya, siri-siri perjuangan beliau sejarah seorang pengembala, perkahwinan dan rumahtangganya, sejarah kerasulan, sejarah pemeluk Islam pertama, tamatnya penurunan wahyu, misi dakwah, pandangan kaum Quraisy terhadap mukjizat Al-Quran, penghijrahan dan banyak lagi, sampai kepada kemangkatannya. Sesungguhnya tiada sejarah seindah sejarah hidupnya, tiada sejarah sepahit sejarah hidupnya. Namun segalanya dihadapi dan dialami dengan berlapang dada, sabar dan penuh ketenangan. Beliau pemimpin yang paling agung di sisi Tuhan dan umat manusia, dengan kehadirannya telah memporak perandakan sistem kejahilan yang ada ketika itu dan seterusnya melayari sluruh penjuru alam. Semoga buku ini dapat membantu dalam memahami sejarah Islam yang menggambarkan satu agama yang adil dan saksama. Semoga dengan penghayatan terhadapnya akan memantapkan lagi keyakinan dan keimanan kita kepada ajaran Islam yang murni ini.

Sejarah Lengkap Nabi Muhammad s.a.w.

  • Product Code: 9130108542643
  • Availability: In Stock
  • SGD 14.00