WAKAF - Menurut Agama & Undang-Undang ini adalah sebuah buku terjemahan daripada buku berbahasa Arab tulisan ulama terkenal, Muhammad Abu Zahrah. Menerusi buku ini beliau membincangkan selok-belok wakaf mengikut agama Islam (syariat) dan undang-undang (buatan manusia) di beberapa negara Timur Tengah, khususnya di Mesir dan Syria.
Sesuai dengan tajuknya, Wakaf, maka kandungan buku ini amat berguna bagi mereka yang ingin mendalami persoalan-persoalan yang berkaitan dengan wakaf. Buku ini mengulas secara mendalam masalah-masalah wakaf, selain mengikut undang-undang Mesir, juga menerusi pendapat-pendapat ulama mazhab yang empat dan yang selainnya.
Memandangkan tidak banyak buku yang secara khusus membincangkan tentang wakaf secara terperinci dan mendalam, justeru itu, buku ini – kami percaya – amat sesuai dibaca dan akan banyak membantu bagi mereka yang hendak mengetahui selok-belok wakaf dari segala aspeknya.
Wakaf Menurut Agama & Undang-Undang
- Product Code:2003067399207
- Availability:In Stock
-
SGD 26.25