Click Create Account (for new customers) or Login (for existing customers). For more details, please view student booklist (Andalus or Cordova) and infographic for new / existing student.

Ensiklomini Solat untuk Kanak-Kanak ini merupakan buku panduan lengkap bagi mempelajari ibadah solat. Sesuai untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan berumur 6 - 12 tahun. Juga sebagai panduan untuk saudara baru (mualaf).

Antara isi kandungannya; merangkumi cara berwuduk sehinggalah cara menunaikan solat fardu secara terperinci. Solat Jemaah, Solat Jumaat dan Solat Jamak & Qasar turut disenaraikan dalam buku ini supaya kanak-kanak dapat mempelajari cara untuk menunaikannya.

Selain itu, turut diselitkan pengenalan kepada solat-solat sunat yang sesuai untuk kanak-kanak pelajari:

- Solat Sunat Rawatib

- Solat Sunat Hajat

- Solat Sunat Dhuha

- Solat Sunat Tahajud

- Solat Sunat Witir

- Solat Sunat Tarawih

- Solat Sunat Hari Raya

- Solat Sunat Jenazah

Ada beberapa tempat yang mempunyai kod QR bacaan doa dan bacaan dalam solat yang boleh dijadikan rujukan supaya kanak-kanak membaca dan menghafal dengan betul.

Semoga buku Ensiklomini Solat yang diolah dengan infografik berwarna-warni ini dapat memberi panduan kepada ibu bapa dan guru-guru dalam membimbing kanak-kanak supaya menunaikan solat dengan sempurna.

Ensiklomini Solat Untuk Kanak Kanak

  • Product Code:9250603108202
  • Availability:In Stock
  • SGD 12.00
  • SGD 9.60

Tags: Children, Solat