Click Create Account (for new customers) or Login (for existing customers). For more details, please view student booklist (Andalus or Cordova) and infographic for new / existing student.
Siri buku KAJI merupakan pendekatan bersepadu yang menghubungkait perkataan-perkataan terpilih dari Kamus Islam Tematik Andalus dengan bahasa dan makna terkandung dalam Bahasa Arab,Jawi dan Ilmu Bacaan Al-Quran. Siri buku KAJI ini juga membuat kaitan dengan ilmu-ilmu pengajiaan Islam seperti Tauhid, Fiqh, Sirah dan Akhlak. Secara am, inisiatif KAJI ini diharap membantu para pendidik dan pelajar fahami dan hayati ugama Islam dengan memahami perkataan-perkataan dan ayat-ayat penting dan kaitannya dengan Bahasa Arab, Jawi dan Al-Quran. Siri Buku KAJI - Ilmu Bacaan Al-Quran Peringkat Rendah disediakan untuk membantu pelajar mengenali dan membaca huruf-huruf, perkataan-perkataan dan ayat-ayat dalam tulisan dan bahasa Arab. Ia mengambil kira dan memanfaatkan kaedah lama dan baru bermula dari mengenal huruf-huruf hijaiyah, perkataan-perkataan, frasa-frasa sehinggalah dapat membaca ayat-ayat lengkap al-Quran dengan baik. Satu keunikan buku ini ialah di samping membentuk kemahiran mengenal dan membaca perkataan, frasa dan ayat, pelajar juga diajak memahami makna setiap bacaan. Ini penting untuk memastikan setiap ucapan disertai dengan kefahaman dan amalan yang bersesuaian. Pendekatan ini tidak setakat memberi maklumat sahaja tetapi yang lebih utama memberi kefahaman, keyakinan dan kemahiran untuk pelajar memahami bahasa al-Quran.
General
publiconly 1

Siri Buku KAJI Ilmu Bacaan Al-Quran (Buku 1) | *FOR KBK 1 TO KBK 3 STUDENTS

  • Product Code: 9121227764863
  • Availability: In Stock
  • SGD 10.10

Tags: kaji