Click Create Account (for new customers) or Login (for existing customers). For more details, please view student booklist (Andalus or Cordova) and infographic for new / existing student.
  • 10 Srikandi Bidadari Syurga (Vol.2)

Sejak awal perkembangan Islam, Kaum Hawa juga turut berjuang bersama-sama kaum Adam. Mereka mengorbankan harta, nyawa dan darah untuk Islam. Mereka turut berasakan perih, pedih, duka dan nestapa sama seperti yang dirasa oleh lelaki.

Mereka adalah srikandi-srikandi mulia. Umat Islam berhutang kepada mereka, kerana jihad dan pengorbanan merekalah yang menjadikan agama ini terus harum berkembang di sanubari kita hingga sekarang. Buku sejarah perjuangan mereka seharusnya kita tulis dengan tinta emas agar menjadi kebanggaan dan contoh teladan.

Janganlah kita memandang kelembutan tangan yang menghayun buaian sebagai tangan yang lemah gemalai. Namun lihatlah kekentalan hati para ibu yang membisikkan ke telinga buah hatinya roh perjuangan dan nyanyian para pahlawan. Keharuman daripada roh dan nyanyian itu akan bersemi di hati anak-anak dan bertukar menjadi cita-cita dan harapan. Dengan itu mereka membesar menjadi individu berjiwa kental dan bersemangat waja.

10 Srikandi Bidadari Syurga (Vol.2)

  • Product Code: 9140523431439
  • Availability: In Stock
  • SGD 26.20