Guideline for Andalus, Cordova and Al-Zuhri students: Click Create Account (for new customers) or Login (for existing customers). Then click the Student's Package tab (Andalus / Cordova / Al-Zuhri) for books/uniform purchase. For more details, please view student booklist (Andalus or Cordova) / infographic / video.
  • 37 Kisah Kehidupan Tabi'in (Jilid 1)

Buku ini menceritakan kisah sebenar kehidupan sebahagian pemuka tabi'in. Zaman mereka adalah zaman yang hampir dengan zaman kenabian dan mereka berpeluang mendapat didikan langsung daripada guru-guru yang keluar daripada madrasah nabi Muhammad s.a.w.. Mereka ditanamkan dengan kekuatan keimanan, mementingkan kehidupan akhirat, mengambil dunia sekadar perlu dan tenggelam dalam keredaan Allah. Mereka benar-benar berusaha mencari kebahagiaan akhirat. Dengan sebab itu mereka mendapat kebahagiaan dunia. Mereka menghadapi cubaan hidup dengan penuh ketenangan dan memiliki kekayaan yang amat bernilai, lebih bernilai daripada dunia dan isinya. Mereka kaya jiwa. Dengarlah apa yang diucapkan oleh sebahagian mereka;

“Wahai diri ini, engkau ada masa tidur yang lama di masa hadapan. Esok engkau akan tidur lama di dalam kubur, kemungkinan engkau akan bahagia atau engkau akan merana. Jadi wahai Mu'azah hari ini pilihlah mana yang kamu ingin untuk besok hari.”

Mu'azah al-Adawiyyah

"Jika jiwamu mendorongmu melakukan sesuatu yang tidak diredai Allah, ingatlah tentang orang yang berkuasa sebelummu yang kini telahpun meninggalkan dunia. Bawalah dirimu merenung bagaimana perut mereka yang tidak pernah kenyang kini telahpun pecah... Bagaimana agaknya jika mereka yang kini hanya berupa bangkai dibiarkan di sebelah rumah kita tanpa ditutup? Sudah tentu kita heboh mengadu bau busuknya."

Salim bin Abdullah, cucu Umar Al-Faruq

37 Kisah Kehidupan Tabi'in (Jilid 1)

  • Product Code: 2002499585059
  • Availability: In Stock
  • SGD 9.00