Click Create Account (for new customers) or Login (for existing customers). For more details, please view student booklist (Andalus or Cordova) and infographic for new / existing student.
  • Islam Bukan Pada Nama

Dewasa ini, Islam merupakan agama yang paling cepat berkembang di dunia. Perkembangannya bukan sahaja dapat dilihat di negara kita tetapi juga di tempat-tempat yang lain seperti Amerika Syarikat (AS), Eropah, Asia dan Afrika. Salah satu faktor yang mendorong perkembangan pesat itu ialah kerana Islam merupakan agama yang bersifat sejagat, sederhana dan memenuhi fitrah kejadian manusia. Islam diturunkan oleh Allah sebagai petunjuk kepada manusia tidak kira latar belakang keturunan, kedudukan dan kebudayaan. Salah satu petunjuk itu bermula dengan ayat pertama dalam Al-Quran yang menganjurkan manusia membaca. Makna daripada ayat itu cukup jelas dan menunjukkan betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan manusia khususnya di kalangan umat Islam.

Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya di mana ada sebahagian daripada umat Islam hanya beragama Islam daripada segi namanya. Mereka bukan sahaja tidak beramal dengan Al-Quran dan As-Sunnah tetapi juga tidak memahami asas serta inti ajaran yang terdapat dalam Islam. Akibatnya, ada yang melakukan perkara yang bertentangan dengan Islam sehingga menjejaskan imej Islam dan memberikan gambaran yang tidak betul kepada orang lain. Padahal Islam merupakan satu cara hidup yang lengkap. Tidak ada sebarang perkara dan persoalan yang terlepas daripada perhatian. Daripada hal yang sekecil-kecil zarah kepada penciptaan alam semesta yang luas terbentang yang tidak terjangkau oleh manusia itu sendiri.

Buku ini ditulis untuk memberikan suatu gambaran yang menyeluruh tentang ajaran Islam tidak sekadar berkaitan dengan hukum-hakam, persoalan mazhab dan ilmu-ilmu Islam yang lain tetapi juga membetulkan anggapan salah serta pandangan prejudis yang ditunjukkan terhadap Islam. Moga-moga dengan itu, umat Islam dan masyarakat akan memperoleh kefahaman yang lebih jelas tentang agama Islam dan pokok ajaran yang terkandung di dalamnya.

CLEARANCE SALES 30% OFF.

Islam Bukan Pada Nama

  • Product Code: 2003430569657
  • Availability: In Stock
  • SGD 14.90

Tags: Islam Bukan Pada Nama