Click Create Account (for new customers) or Login (for existing customers). For more details, please view student booklist (Andalus or Cordova) and infographic for new / existing student.
  • LAILATUL-QADR: MALAM AL-QURAN

Buku "Lailatul-Qadr: Malam Al-Qur'an" ini adalah himpunan pandangan, buah fikiran dan kupasan kritis menyentuh dari pelbagai persepsi khususnya berkait dengan al-Qur'an dan Lailatul Qadr. Kupasan secara kritikal dan ilmiah ini dihidangkan oleh tiga orang tokoh yang tidak asing lagi di dalam dunia Islam iaitu al-Syeikh Muhammad al-Ghazali ( al-marhum), Dr. Muhammad Sayyid Tantawi, Bekas Mufti Republik Arab Mesir dan Dr. Ahmad Umar Hasyim iaitu salah seorang pakar di dalam bidang Ilmu Hadis di Universiti al-Azhar.

Pendekatan yang ilmu yang dikemukakan oleh ketigatiga tokoh ilmuan ini, mengikut kepakaran masing-masing dan di dalam skop yang berbeza, boleh membuka minda ke arah menghayati kandungan al-Qur'an dan LailatulQadr dengan cara yang lebih matang. Tambahan pula, telah menjadi kelaziman bagi umat Islam di seluruh dunia amnya dan di Malaysia secara khusus, meraikan bulan Ramadhan sebagai salah satu sambutan yang gemilang sebagai memperingati kelebihan al-Qur'an dan LailatulQadr. Oleh itu pembacaan dan pengetahuan tentang kandungan al-Qur'an dan Lailatul-Qadr secara lebih dekat, sebagaimana dipersembahkan di dalam buku ini, menjadikan sambutan ini lebih bermakna.

LAILATUL-QADR: MALAM AL-QURAN

  • Product Code: 8002415389734
  • Availability: In Stock
  • SGD 11.90

Tags: LAILATUL-QADR: MALAM AL-QURAN