Click Create Account (for new customers) or Login (for existing customers). For more details, please view student booklist (Andalus or Cordova) and infographic for new / existing student.
  • Purnama Senja

Cerpen "Tarian di Neraka" Muhammad bin Parjo, merupakan cerita seorang remaja yang bekerja sebagai penar. Dia hidup di keliling orang-orang yang suka melakukan kerja-kerja yang tidak bermoral. Selain berfoya-foya dan pentingkan kepuasan hidup, mereka seolah-olah tiada pegangan hidup. Sikap ego dan buruk perangai seorang guru dijadikan tema cerpen "Pendidik Millennium" oleh Muhammad Khairool Haque. Para pelajar tidak diberi peluang untuk kemukakan pendapat mereka. Guru menjadi seperti diktator?

Antologi cerpen 'Purnama Senja' ini hasil daripada Sayembara Cerpen Pelajar 2007 yang telah diadakan selepas Perkhemahan Penulisan Cerpen Pelajar yang telah berlangsung pada 17 Mac 2007 di Institut Millennia. Aktiviti bahasa dan sastera ini disokong oleh Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakkan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC). Perkhemahan yang tersebut telah menerima 80 penyertaan dari 18 sekolah menengah dan 10 buah maktab rendah. Matlamat perkhemahan ialah bagi menggalakkan penulisan cerpen di kalangan para pelajar. Memupuk bakat penulis dalam bidang sastera dan melestarikan dunia penulisan dan penghayatan persuratan Melayu setempat.

Dengan membaca cerpen-cerpen dalam antologi ini para pelajar dapat mengetahui mengenai berbagai-bagai pengalaman, pemikiran dan perasaan manusia di alam kehidupan sehari-hari yang digambarkan oleh rakan-rakan mereka yang berbakat dalam penulisan kreatif ini. Para pelajar akan dapat memahami nilai-nilai hidup masyarakat sesuatu bangsa yang digambarkan dalam antologi ini.

Purnama Senja

  • Product Code: 8002249592690
  • Availability: In Stock
  • SGD 8.60