Click Create Account (for new customers) or Login (for existing customers). For more details, please view student booklist (Andalus or Cordova) and infographic for new / existing student.
  • Leksikon: Direktori Penulis Melayu Singapura Pasca 1965

LEKSIKON merupakan direktori penulis Melayu Singapura. Para Penulis yang dimuatkan merupakan mereka yang masih aktif dalam dunia penulisan di Singapura sejak tahun 1965 dan seterusnya hingga kini. Tahun 1965 dijadikan penentu dan pemula bagi penulis Singapura memandangkan pada zaman tersebut Singapura berpisah daripada Malaysia dari segi sempadan politik. Maka, pada saat tersebut penulis Melayu Singapura mula mempunyai identiti mereka tersendiri berlatarbelakangkan pembangunan yang rencam dan berbeza daripada Malaysia dari segi cabaran dan kematangan. Para penulis yang dimuatkan merupakan mereka yang masih dan terus mewarnai serta mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan sastera Melayu Singapura sama ada dari segi penulisan, pengajian, pengkajian, pengajaran dan seumpamanya, sesuai dengan tajuk buku ini iaitu “Direktori Penulis Melayu Singapura”.

Leksikon bukan hanya memuatkan profil para penulis.prolifik Melayu Singapura, ia juga memuatkan bahan-bahan tambahan agar ia menjadi rujukan lengkap bagi meninjau pekembangan sastera Melayu Singapura selepas 1965. Sebuah penulisan yang menyusuri perkembangan dan pembangunan dunia sastera Melayu Singapura sejak 1965 hingga hari ini telah dimuatkan untuk rujukan para pembaca dan pengkaji. Bahan-bahan tambahan seumpama ini juga termasuk senarai penerima anugerah sastera dan karya-karya yang menerima anugerah sejak bermulanya penganugerahan Hadiah Sastera yang pertama bagi penulis dan karya Singapura pada tahun 1975. Selain itu terdapat juga senarai jumlah karya yang dihasilkan para penulis dalam buku ini dari segi jumlah yang diterbitkan di akhbar sejak 1965.

“This directory represents an attempt to include and list out all writers who have contributed to the Malay literary scene in Singapore since 1965 and, in the process, take stock of the literary development in Singapore over the 40year period. It documents the literary pursuits and output of the Malay writers in Singapore and provides a window for us to know and understand our Malay writers better, The directory also provides rich information to both the serious researchers who wish to delve into the study of the contemporary Singapore Malay literature and the casual users who just need to find specific information about a writer or a work."

- Lai Yeen Pong, Director Asian Library Services, NLB.

Leksikon: Direktori Penulis Melayu Singapura Pasca 1965

  • Product Code: 8002249585982
  • Availability: In Stock
  • SGD 10.70