Click Create Account (for new customers) or Login (for existing customers). For more details, please view student booklist (Andalus or Cordova) and infographic for new / existing student.
  • Kota Siluman

Sajak-sajak dan cerpen-cerpen yang terkandung dalam antologi ini merupakan gabungan ilham gagasan dan pengalaman para penulis. Penulis-penulis terdiri dari mereka yang sudah lama bergerak aktif dengan arena sastera tempatan dan juga dari golongan belia yang baru sahaja ingin berjinak-jinak untuk berkarya. Walauapapun, potensi dan bakat mereka amat terserlah, lantas memberikan mereka ruang dan peluang untuk menyiarkan idea dan ideologi mereka melalui karya-karya kreatif mereka ini... Tajuk bagi antologi ini diilhamkan dengan terkesannya nada-nada ketenangan dan harapan dalam karya-karya ini. Ketenangan dan harapan sebegini menandakan bukan hanya daya kreatif dan kepekaan penulis kepada persekitarannya, malah juga mewartakan keintelektualan mereka dalam menghasilkan karya-karya yang tinggi mutunya.

Penyusun

Keseimbangan bakat di antara yang mapan dan yang baru dapat dikesan dalam karya-karya yang terpilih. Perbedaan yang wujud pun hanyalah pada pewarnaan yang diberikan penulispenulis ini, mengikut pengalaman dan pengamatan. Namun demikian, tidak dapat dinafikan bahawa penulis-penulis ini telah berjaya mengolah pengalaman dan pengamatan mereka untuk dijadikan karya kreatif yang positif lagi membina. Inilah tugas sastera dan sasterawan dalam membina masyarakat yang dinamik dan progresif.

Abdul Ghani Hamid

Kota Siluman

  • Product Code: 8002249631016
  • Availability: In Stock
  • SGD 10.70