Siri Buku KAJI Belajar Jawi Peringkat Rendah - Darjah 2.
Siri Buku KAJI - Belajar Jawi Peringkat Rendah disediakan untuk membantu pelajar memahami kaitan rapat dan menarik huruf dan perkataan bahasa Arab, tulisan jawi dengan sebutan bahasa Melayu. Pelajar akan belajar mengenal dan memahami tulisan Jawi, mengeja dan menyebut perkataan-perktaan dan ayat-ayat dengan baik secara bertahap-tahap. Pelajar juga akan faham bahawa Jawi merupakan jembatan memahami perkataan-perkataan dan istilah-istilah penting Bahasa Arab yang berkaitan ugama Islam yang sudah diterapkan dalam bahasa Melayu. Ingin dijelaskan bahawa ejaan Jawi yang digunakan adalah berdasarkan Kamus Dewan yang rasmi untuk elak perbahasan dan kekeliruan berlarutan antara ejaan lama dan baru.
Siri buku ini juga menggunakan pendekatan tematik. Pilihan perkataan dan ayat dalam setiap tema ada kaitan rapat dengan faham agama dan ibadah harian serta bersesuaian dengan konteks pelajar peringkat rendah. Pelbagai aktiviti menarik yang fokus kepada pelajar juga disertakan. Pendekatan ini tidak setakat memberi maklumat sahaja tetapi yang lebih utama memberi kefahaman, keyakinan dan kemahiran untuk pelajar memahami dan menggunakan Jawi.
General | |
publiconly | 1 |
Select type of book | Paperback |
Siri Buku KAJI Belajar Jawi - Darjah 2
- Product Code:9131127764863
- Availability:In Stock
-
SGD 9.00
Related Products
Tags: Peringkat Rendah, KAJI, Jawi, KBK